|
KEMULIAAN NABI S.A.W. TIDAK BOLEH DIJADIKAN BAHAN PERLECEHAN
Terima kasih
kepada Sdr. Anak Mak Long Sorah yang telah memberikan reaksi kepada tulisan saya yang
sememangnya agak keras dalam artikel bertajuk “Apabila Tikus Mengaum Seperti Singa
Sarkas” kelmarin. Saya tidak bertujuan untuk memanjangkan polemik kerana saya tidak
gemarkan polemik yang mungkin tidak berkesudahan. Saya akui ‘pukulan’ saya
kepada Mahathir bersabit ucapannya yang menyentuh tentang kemuliaan dan keagungan Nabi
Muhammad s.a.w. dalam Ucapan Dasarnya baru-baru ini memang keras dan seakan-akan penuh
dengan emosi. Saya tahu tulisan sedemikian bisa mengundang reaksi dari pelbagai pihak,
namun ingin saya jelaskan di bawah berkait dengan ucapan Mamak Tongkang tersebut.
Saya
tidaklah marah sangat jika Mahathir menghentam Anwar yang telah menjadi seterunya,
walaupun hentamannya itu merupakan cerita basi yang diulang tayang beribu kali sekalipun.
Saya masih boleh mampu mengawal tahap ledakan kemarahan saya jika hanya Anwar dan PAS yang
menjadi sasaran. Tetapi apabila Mamak Tongkang tersebut menyentuh mengenai kemuliaan
Rasulullah s.a.w., sekalipun maksudnya cuma mungkin mahu membuat misalan, saya sama sekali
tidak dapat menerima.
Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Anak Mak Long Sorah
tersebut, tetapi saya rasakan ‘simpati’ saudara kepada Mamak Tongkang itu tidak kena
pada tempatnya. Saudara perlu kena memahami dengan mendalam dalam soal kemuliaan dan
ketinggian Junjungan Nabi s.a.w., yang mana adalah HARAM sama sekali untuk kita
membuat apa-apa contoh, misalan, perumpamaan, bandingan, dan perkara-perkara yang
seumpamanya samada dengan niat bergurau, atau serius, akan sesuatu perkara yang boleh
dianggap atau disifatkan sebagai telah atau akan menghina, merendah-rendahkan,
memperlekeh, memperolok-olok, menyindir, membuat misalan yang negatif atau apa jua yang
boleh ditafsirkan atau difahami maksudnya, samada nyata atau tersirat, bahawa dengan
ucapan atau perbuatan atau niat yang sedemikian itu, akan menjejaskan kemuliaan,
ketinggian, keunggulan, keagungan dan kehormatan Nabi s.a.w.
Ini kerana Rasulullah
s.a.w. adalah semulia-mulia makhluk, setinggi-tinggi manusia dan seagung-agung insan yang
telah dipilih Allah s.w.t. untuk membawa RisalahNya, menjadi KekasihNya dan menjadi
Rahmatallil “alamiin. Adalah biadap, kurang ajar, celaka dan binasa sama sekali apabila
Mahathir menyebut sedemikian rupa, sekalipun mahu membuat ‘misalan’ mengenai objek
syukur yang dimaksudkannya. Kenapa harus menyentuh kemuliaan Nabi s.a.w. jika hendak
membuat misalan sekalipun. Bukankah masih banyak lagi benda atau orang lain yang masih
boleh dibuat misalan atau tamsil? Mengapa perlu disebut sedemikian rupa terhadap Nabi
s.a.w. Samada dengan niat atau tidak, ucapan sedemikian adalah ucapan yang tidak layak
keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam.
Dan saudara harus ingat, saya tidak
yakin sama sekali yang Mahathir membuat ucapan sedemikian semata-mata “untuk memberi
gambaran” akan maksud ucapannya bagi perenggan sebelum itu semata-mata. Ini kerana
semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1998 dulu, Mahathir pernah
menggunakan logik akalnya menyindir tentang janggut Nabi .s.a.w. Jika diperhatikan sudah
banyak kali Mahathir menghina dan memperlecehkan hukum hakam Allah, merendah-rendahkan
kemuliaan dan keagungan Nabi .s.a.w. dll. Adakah selamanya beliau tidak tahu dan tidak
faham akan maksud dan kesan ucapannya yang sedemikian ? Oohh tidak. Saya cukup yakin
beliau tahu apa yang diucapkannya. Soal jahil tidak timbul sebab kalau dalam bab
lain beliau begitu pandai bercakap, kenapa dalam soal perkara yang melibatkan akidahnya
sendiri beliau cuai ? Jadi, dalam ucapan dasarnya minggu lepas, kenapa beliau
sengaja membuat perumpamaan sedemikian terhadap Nabi s.a.w. Sudah tidak ada orang
lain lagikah yang nak dibuat contoh misalan ? Maksud ucapan Mahathir itu bukan sahaja
memperlecehkan Nabi s.a.w bahkan seolah-olah mempertikaikan Ilmu Allah dan kebijaksanaan-Nya
dalam memilih Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya.
Saya tidak mahu
memenatkan jari dan meletihkan otak untuk memberi penerangan yang detail bersabit
“pembetulan” yang cuba dibuat oleh Anak Mak Long Sorah pada 17 Mei 2000
kelmarin. Bagi saya, samada tulisan saya itu rasional atau tidak, tidak timbul sebab
ucapan Mahathir dan dilihat kembali ucapan-ucapan beliau terhadap kemuliaan Nabi .s.a.w.
sebelum ini, maka adalah jelas dan nyata bahawa Mahathir adalah seorang yang sudah rosak
akidahnya. Pada saya beliau itu termasuk dalam kategori orang yang disebut oleh Nabi
.s.a.w dalam sebuah hadith yang bermaksud, “ Akan datang suatu zaman dimana kamu melihat
orang yang pada sebelah paginya beriman dan kufur pada petangnya, dan beriman
petangnya tetapi kufur pada sebelah paginya”. Dan saya melihat betapa Mahathir
cuba untuk menunjukkan “kebijakkan” kepala hotaknya seolah-olah beliau lebih pandai
dari Allah dan Nabi dalam mentafsirkan sesuatu. Beliau mahu mencetuskan kontroversi bukan
sahaja terhadap musuh-musuhnya bahkan hatta terhadap Allah s.w.t dan Nabi s.a.w. Dan saya
yakin, jika Mahathir itu cuma seorang rakyat biasa sahaja, yang berani mengeluarkan ucapan
sedemikian biadap terhadap Nabi .s.a.w atau Allah s.w.t., maka sudah lama Allah menurunkan
bala ke atasnya. Tetapi untuk pemimpin, Allah ‘menangguhkannya” hingga ke hari Kiamat
supaya di sana beliau mendapat habuan azab yang tidak terperi pedihnya. Demikianlah hukum
Allah.
Dan ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah
semulia-mulia makhluk di sisi Allah s.w.t.. Kita orang Islam sama sekali tidak boleh
mengeluarkan ucapan, perkataan atau perbuatan hatta dengan niat sekalipun dengan tujuan
untuk merendah-rendahkan atau memperlekehkan atau membuat perbandingan, misalan dan
seumpamanya, yang dengan sedemikian itu, boleh atau dapat dianggap sebagai telah atau akan
merendah-rendahkan kemuliaan Nabi s.a.w. sebagai Utusan Allah, Kekasih-Nya, Penghulu segala
rasul dan Penyuluh Sekelian Alam itu.
Adalah suatu kesilapan Sdr Anak Mak Long
Sorah seolah-olah menaruh “simpati” dengan cuba ‘membela’ Mahathir dengan
mengambil petikan ucapannya sebelum perenggan yang menyentuh Nabi s.a.w. tersebut. Bukan
saya tidak faham dengan maksud yang hendak disampaikan oleh Mahathir dalam ucapannya.
Tetapi saya tetap menegaskan bahawa batang tubuh Nabi, nama Nabi, perkataan Nabi dan
segala-galanya yang bersabit dengan Nabi, tidak boleh sama sekali kita menyebutnya dalam
konteks yang negatif (kecuali hadith maudhu’) kerana Nabi adalah Nabi dan tidak
ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Dan diambil rentetan ucapan yang lepas akan
sikap Mahathir terhadap Allah, Nabi s.a.w. dan Islam itu sendiri, sudah cukup untuk
mengatakan bahawa beliau sememangnya berniat jahat dan biadap dengan Nabi .s.a.w. Apa
alasan dan dalih sekalipun , Mahathir tetap bersalah. Bukan kerana dia “musuh” kita
tetapi kerana keceluparannya terhadap kemuliaan Nabi s.a.w. Tidak ada alasan untuk mencari
helah untuk menjustifikasikan ucapan Mahathir tersebut dengan suatu cara yang boleh
dianggap sebagai membelanya.
Mahathir jangan ingat Nabi s.a.w. itu semacam mak
bapak dia. Ada masa rasa nak hormat, hormat. Ada masa rasa nak lawan, lawan. Nabi s.a.w.
jauh lebih mulia dari segala manusia di atas muka bumi ini. Dan berhubung dengan kemuliaan
Nabi Muhammad s.a.w. ini, dalam satu hadis disebut (maksudnya), “ Barang siapa yang berselawat
ke atas ku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali”. Ini
selalu diingatkan oleh khatib pada hari Jumaat.
Demikianlah betapa kita disuruh supaya
mengagung-agungkan Nabi s.a.w. pada setiap saat dan ketika. SIAPA MAHATHIR UNTUK MENGATAKAN
KITA TIDAK PERLU MENGAGUNG-AGUNGKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ? Dan suka saya mengingatkan Anak
Mak Long agar jangan sekali-kali bersimpati dengan mereka yang membenci Allah dan Rasul-Nya
dan cuba pula untuk melebarkan pemikiran sesat dan kufurnya itu ke dalam hati rakyat.
Semoga binasalah Mahathir si Mamak Tongkang yang kufur dan munafik itu dan sememangnya dia
akan binasa dan celaka !!
CUCU DATUK BAHAMAN
|